Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 14, 2009

Britain Got Talent '09

Sedang aku menggelintar kat ruang Youtube, terstumbleupon dengan clips dari BGT '09. Mengujakan jugak. Sharing. Kebanyakan vids tak dapat nak embedded sini sebab xde kod embedded coz kena sekat by request. Bagi link jah.

Stunning 48 years old Susan Boyle
http://www.youtube.com/watch?v=xjm2i37xSM8

Flawless Flawless Dance Act
http://www.youtube.com/watch?v=6GrOMLylvhQ

Good Evans Family Singing Nicely and Cutely
http://www.youtube.com/watch?v=xjm2i37xSM8

Entertaining Greek Irish Dance
http://www.youtube.com/watch?v=7gHvATmUsSg

Manjitman, The Strongman
http://www.youtube.com/watch?v=eJ-wruqV8Mk

Wednesday, April 8, 2009

tips maut tulis resume

Saturday, March 28, 2009

Baru : Terbaik & Terburuk


Antara koleksi terbaik dan terburuk yang terbaik 2008 terhadap brand yang
ada dalam industri ekonomi di serata bumi :

Terbaik



Terburuk


nak lagi? click here - underconsideration.

p/s : gunakan yang terbaik

Tuesday, March 24, 2009

Penyebab utama KANSER.

5 Penyebab utama kanser :

1. Hot dog

Kerana hot dogs mempunyai kandungan nitrate yang tinggi, dinasihatkan kanak-kanak hanya memakan kurang daripada 12 hot dogs sebulan. Jika ada yang tak boleh hidup dengan hot dog, belilah yang tanpa sodium nitrat.

2. Daging yang diproses dan bakon

Juga tinggi kandungan sodium nitrat sama dengan hot dog. Ini boleh meningkatkan risikon poenyakit jantung. Lemak tepu dalam bakon juga boleh menyebabkan kanser.

3. Donat

Donat adalah penyebab kanser yang berganda. Pertama sekali, ia dibuat dengan tepung putih, gula, dan minyak yang dihidrogen, dan kemudian digoreng pada suhu yang tinggi. Kata Adams, donat mungkin adalah makanan penyebab utama risiko kanser meningkat.

4. Kentang Goreng

Seperti donat, kentang gorang dibuat dengan minyak terhidrogen dan dimasak pada suhu yang tinggi. Ia juga mengandungi penyebab-kanser acryl amides yang mana terbentuk semasa proses menggoreng.

5. Chips, crackers, dan cookies

Semuanya biasanya dibuat dengan tepung putih dan gula. Walaupun terdapat juga yang berlabel bebas trans-fat, tetapi ianya masih terdapat sejumlah kecil trans-fat.

p/s: Amalkanlah hidup dan pemakanan yang sihat. Hindarilah daripada mengambil makanan yang boleh merosakkan tubuh badan.

Monday, March 16, 2009

tips misteri GOOGLE

Ni nak story, antara keajaiban Google yang semua tak tahu. Ni nak beritahu.

1) Melayari web dengan laman cache Google.

Google secara automatik akan mengambil 'snapshot' bagi setiap laman yang dijejaki dan menyimpannya. Cache ini membolehkan laman yang di'cache' tadi di akses dengan jaya jika laman yang original tadi tidak dapat diakses (atas sebab kegagalan sementara pelayan web). Cache boleh diakses dengan klik pada link 'Cached'.


2) Ketahui cuaca bandar dunia

Ramai yang tak tahu kita boleh mengetahui cuaca di seluruh bandar yang ada kat dunia ini dengan Google. Ia amatlah berguna bagi sapa2 yang suka travel ataupun yang kerap travel. Cuma taip "weather" dan diikuti dengan zipcode/nama negara/bandar. COntoh:

Cara : Weather {Nama Bandar}




3) Google sebagai kalkulator

Kalkulator Google bukan hanya boleh menjalankan kiraan mudah sahaja. Kiraan saintifik yang kompleks juga mampu dijalankan. Range dari simple ke advanced math. Cara hendak menggunakannya hanya dengan memasukkan kiraan seperti menggunakan kalkulator. Semudah itu.

Kat bawah ni sintaks math yang Google recognize :

  • + untuk penambahan
  • - untuk penolakan
  • * untuk pendaraban
  • / untuk pembahagian
  • ^ untuk modulo (mencari baki selepas pembahagian)
  • choose X choose Y fines the number of possible subset groups of Y out of the set of X.
  • th root of mencari kuas ke-n untuk suatu nombor
  • % of mencari peratusan
  • sqrt mencari punca kuasa dua nombor
  • ln logarithm base e
  • log logarithm base 10
  • lg logarithm base 2
  • ! factorial - This must follow the number you wish to factor.
Contoh :




4) Mencari maklumat berkaitan mana-mana laman web

Amat berguna kepada designer web, pakar SEO etc. untuk mengetahui maklumat tentang suatu laman yang diselusuri. Google dapat menunjukkan deskripsi mengenai laman tersebut seperti laman cache, pautan, laman yang serupa dsb.

Cara : info:{url} Tidak menerima space


5) Tukaran wang asing dengan Google

Suatu fungsi yang amat berguna dan cepat yang jarang diketahui pengguna Google untuk menukarkan suatu mata wang kepada suatu mata wang yang lain contohnya RM ke USD.
Contoh :

Cara : {matawang_semasa} in {matawang_yang_dikehndaki}


6) Terkini dari lapangan terbang

Kini dengan menggunakan enjin carian Google anda juga dapat mengetahui status terkini penerbangan anda dengan senang dan cepat tanpa perlu pergi ke lapangan terbang mahupun menelefon ke lapangan terbang. Taipkan nama penerbangan dan diikuti dengan nombor penerbangan ke dalam kotak carian Google dan yattta here you have. Contoh :

Cara : {nama_penerbangan nombor_penerbangan}


7) Jejak penghantaran Fedex, UPS, USPS dengan Google

Fungsian Google memang berbagai dengan anda juga dapat menjejaki penghantaran Fedex, UPS, USPS dengan menaip nombor siri jejak penghantaran ke dalam kotak carian Google dan akan memaparkan juga quicklinks yang bolehkan anda menjejakinya.

8) Tukaran unit dengan Google

Google juga boleh digunapakai untuk menukarkan satu unit ukuran kepada ukuran yang lain samada tinggi, berat, jisim, panjang, tenaga dll. Hanya masukkan tukaran unit yang anda mahukan dan Google akan tukarkannya tanpa masalah. FYI, Google Unit Converter adalah sebahagian daripada Google Calculator. Contoh :

Cara :{unit_semasa} in {unit_yang_dikehendaki}


9) Cari definisi perkataan dengan Google

Untuk mengetahui definisi suatu perkataan atau ayat, yang anda perlu lakukan adalah taip 'define' dan seterusnya perkataan/ayat yang dikehendaki. Gunakan 'define:' dan perkataan/ayat untuk mengetahui definisi daripada pelbagai sumber atas talian. Makluman definisi adalah secara keseluruhan ayat. Contoh :

Cara : define {perkataan/ayat}


10) Ketahui masa di mana-mana dengan Google

Masa adalah penting. Google dapat membantu anda mendapatkan masa di mana-mana bandar di dunia ini. Hanya taip 'time' diikuti dengan nama bandar yang dikehendaki. Senang. Contoh :

time {nama_bandar}


11) Cari peta bandar/negara dengan Google.

Anda nak tahu peta kat bandar kat dunia ni? Hanya taip nama bandar yang dikehendaki dan diikuti dengan 'map' di dalam kotak carian Google. Senang. Contoh :

Cara : {lokasi} map


Kongsi ilmu. Komen pliz.

Thursday, March 12, 2009

24 Tips Menempuh Kehidupan

1. Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

2. Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.

3. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

4. Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cubaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.

5. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

6. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

7. Sungguh benar bahaawa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

8. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang itu pula.

9. Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menbuahkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

10. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cinta menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

11. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

12. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karunia itu.

13. Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

14. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

15. Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap peduli padanya.

16. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu dan mendapati akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.

17. Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, mekar dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan tetesan air mata.

18. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

19. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

20. Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

21. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

22. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.

23. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

24. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum - jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Sunday, March 8, 2009

Mana nak cari templat blogger best?

Carilah kat sini...

BlogCrowds
http://www.blogcrowds.com/

eBlog Templates
http://www.eblogtemplates.com/

Zona Cerebral
http://zonacerebral.com/

JackBook
http://jackbook.com/

Blogging Tips
http://www.bloggingtips.com/

Gisele Jaquenod
http://www.giselejaquenod.com.ar/

Blogger-Templates
http://blogger-templates.blogspot.com/

Template GoDown
http://www.template-godown.com/

GosuBlogger
http://www.gosublogger.com/

B-Template

http://www.btemplates.com/



 
^

Powered by Bloggerblogger addicted por UsuárioCompulsivo
original Washed Denim por Darren Delaye
Creative Commons License